A beat.
Studies.
Friday, May 8, 2015


Assalamualaikum and hiiiii!
Okay so result UPU dah pun keluar few days ago. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku apply muahahaha. 


Asasi Sains Fizikal iaitu course yang aku TENDANG SIDE KICK FREE KICK dan segala kick yang ada subjek Biology. Hiahahahaha. Mesti korang ingat aku terima kan tawaran ni? Hehehe. Aku pun dapat matriks aliran SAINS. Modul 1; Biology, Chemistry, Physics and Maths. Matriks and asasi ni dua dua ambil masa setahun dan fast-track untuk amik degree. 

Aku cuba intai pandangan adik-beradik aku and kawan-kawan aku yang amik foundation in medic/engineering and bla bla la. Aku call kot sorang sorang. Ehem guna whatsapp call hahaha. Lepas aku tanya diorang, semua cakap benda yang sama. Kena struggle gila babi punya la. Pastuuuuu, otak kena macam F1. Kena yakin diri. Dekat asasi kita kena bersaing dengan majoriti straight A kat sini. Memang kena cekal gila la cite dia. 

Pastu, diorang cakap lagi, ramai yang terkandas kat asasi sebab try belajar last minute. Tetengok result hampeh hahaha. Pastu diorang pesan dekat aku, kalau aku boleh belajar dengan situasi bilik kuliah yang ramai orang, prof hanya baca dan kita kena catat mainpoint, jarang ada kelas extra, more to study sendiri, boleh la masuk ASASI. Tapiiii kebaikan asasi ialah, diorang akan banyak belajar apa yang AKAN diajar waktu degree nanti. So, time degree nanti boleh la relaks SIKIT. Hehehehe. Betul la tu orang cakap, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

Pastu dia cakap lagiiiiii, asasi dan matriks ni sama level cuma orang pandang GAH la bila kau masuk ASASI. Konon budak pandai la ape la kannn. Sebenarnya, FORM6 lebih bagus daripada matriks&asasi. Nanti lepas dah habis belajar setahun, result kita akan kena COMPETE dengan budak form 6. Tapi form6 pun tough jugak sebenarnya. Subjek dia lagi mendalam daripada matriks. 

Serious la kan, aku gitau, aku memang takde hati langsung nak masuk U. Aku pun taktahu kenapa. Hm. Aku bersyukur tapi mungkin hati aku lebih tenang dengan matriks. Mungkin juga tu petunjuk daripada Allah. Right? And aku bincang dengan mak ayah aku. So ni antara perbualan kami:

Me: Mama, abah, alang rasa nak tukar modul la. Macam mana ehhh? Hm buntu gak ni.
Mama: Awak nak tukar modul 2 ke? Sure dah taknak Biology?
Abah: Memang tak minat langsung ke Bio? Nama 'Syifa' tu macam dah sesuai nak jadi doktor haha.
Me: Sumpah, memang tak minat langsung dengan Bio. Tengok la, trial spm pun dah 40 kot cukup cukup makan. Time spm tu nasib kot dapat okay. Ma ngn abah nak suruh Alang try ke? Hm
Abah: You know what, awak cuma ada masa setahun dekat matriks. Agak-agak sempat ke nak try benda yang kita tak minat dalam masa setahun? I don't think so. Ingat, masuk matriks ni buat sehabis baik. Jangan main dah macam spm dulu. Carry apa yang kita boleh carry. Kalau tak minat dan tak boleh go on langsung dengan Bio so buang terus Bio dalam hidup awak. Takpayah fikir dah pasal dia. Focus dekat subjek yang memang kita boleh bawa, Serious ni. Focus bagi dapat 4.0 and MUET band 4 above then awak akan keluar dengan bergaya. Semua U akan bersujud kat kaki awak. 
Mama: Awak yang nak study, bukan mama, bukan abah. It's your future. Jangan biarkan point of view orang lain, buat awak rasa patah semangat nak belajar takpun go on dengan apa yang awak minat. We always gt your back gitu haaa.
Me: *dah nangis macam orang gila* Thank you sebab selalu support Alang in any ways that I've chose. InshaaAllah, i'll make it a worth one year hehehe.
Bila aku buat deep thinking dengan diri aku sendiri. Aku list kelemahan dan kelebihan aku dalam pembelajaran. I figured out yang aku ni sesuai dengan matriks. Aku takboleh belajar sendiri. Aku kena ada lecturer yang boleh bagi aku faham dalam kelas dan tak biarkan aku terkapai kapai di lautan belajar hahahaha. Otak aku tersangatlah lambat dalam belajar. Tak mampu nak catch-up cepat. Jadi KMPP lah pilihan aku sebab alumni cakap lecturer sangat baik dan takkan habis kelas selagi anak murid dia tak faham. Kalau tak faham jugak, akan buat kelas extra. Hoorayyyyy~

InshaaAllah rezeki aku mungking di KMPP bukan di UNIMAS. Terima kasih ya Allah sebab bagi aku dapat buat pilihan dengan tenang. Bagi kawan-kawan aku yang dapat asasi. Korang jangan lah down lepas baca post aku ni. Hehehehe, sorry. Aku cuma kongsi daripada pengalaman kawan kawan aku sendiri. Btw, Adib dulu pun Foundation in Medical Anthropology. Memang sibuk gila. Weekend pun kena study. Sebab dapat course susah kan hehehe. Kalau ada masa pun jarang kami whatsapp takpun mesej, terus facetime. Hahaha senang. So, nanti korang semua cari la jugak masa nak spent time dengan orang tersayang contohnya family dan suami/tunang/boyfriend anda anda kekeke. 

Tu je kot, aku nak habaq harini kahkahkah xD Goodluck untuk sesiapa yang bakal sambung study. Yang tak dapat mana-mana tu percayalah, rezeki Allah tu di mana-mana. Sedangkan oxygen yang kita tak minta Dia bagi percuma takkan lah doa diiringi dengan air mata Allah nak hiraukan? Ye dok? Banyakkan berdoa. Form 6 ada, masuklahhhhh. Tak rugi. Timba ilmu selagi ada kudrat. Assalamualaikum :D


Older
Newer